Jari jemari lincah menari menyentuh keyboard.
Dari detik ta'aruf beralih kepada lagha.
Dahh bual itu, dahh bual ini…
Buka cerita itu, buka cerita ini…
Bila dahh bosan dalam kalam bisu, mula pula bicara merdu.
Voicebox dengan pelbagai madah dan lagha.
Bosan… try pula kaedah baru bagi memecahkan kebuntuan.
Nyanyi lagu itu, nyanyi lagu ini…
Puji kata itu, puji kata ini…
Masya Allah… kemain lagi ye?
“Janganlah kamu berkata² dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yng demikian boleh menimbulkan keinginan orang yng ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata² yng baik (sesuai dan sopan).”
*Al-Ahzab, ayat 32*
Malaikat kiri kanan dok perhati dari tadi.
Senyum…
Manusia, bukan main seronok lagi… dia ketawa terbahak-bahak sampai naik ternampak anak tekak, sedangkan dia belum pasti perbuatan dia itu Allah suka atau tak… cara dia itu Allah redha atau tak.
“Aku tertawa hairan kepada orang yng mengejar-ngejar cinta dunia padahal kematian terus mengejarnya, dan kepada orang yng melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yng tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya redha atau murka terhadapnya.“
*Salman Al-Farisi*
Sudah di nasihati, Al-Quran juga terlebih dahulu menjelasi.
Bukan tak tahu, tapi sebab dahh rasa seronok.
Halal haram tolak tepi…
“Orang² yng di beri ilmu. Dan tidak ada yng mengingkari ayat² Kami kecuali orang² yng zalim.”
*Al-Ankabut, ayat 49*
Bila tak borak, tak dengar suara sunyi katanya.
Mengeluh dalam suram.
Kesayangan mulai mendiam.
Kesunyian makan dalam.
Rasa macam ada kekosongan.
Tapi yng bodohnya menjadikan si dia sebagai satu²nya alasan.
Stalker sana, stalker sini…
Chatting dengan yng tu, chatting dengan yng ni.
Waktu solat di tangguh²kan.
Last² sejadah tak bersentuh, Al-Quran tak di baca.
Bila di timpa ujian…
Tanya hati,
Kenapa aku?
Menangis tak berlagu.
“Sesiapa yng berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya bagi dirinya kehidupan yng sempit...”
*Thoha, ayat 124*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan